Fasiliti Yang Lengkap

Marley And Me

Warga Yang Cergas dan Cerdas

Crank:High Voltage

Persekitaran Yang Ceria

WATCHMEN - The Movie

52 Tahun Terus Berjasa

Bedtime Stories Bedtime Stories
Latest News

Selamat Datang ke Laman Sesawang SMKDKP Versi Xenon

Posted by SMKDKP on Monday, June 14, 2010 , under | comments (0)




Terima Kasih kerana melawat laman sesawang rasmi SMKDKP versi xenon. Laman ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah dan PIBG bagi meningkatkan lagi jaringan komunikasi melalui satu pendekatan di atas talian yang lebih interaktif.

Setelah 52 tahun penubuhan sekolah, kini para bekas pelajarnya memegang pelbagai jawatan dan kerjaya serta tidak kurang juga yang sedang melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi pendidikan.

Semoga laman ini mampu menjadi sumber informasi terkini SMKDKP di samping menjadi jambatan jalinan ukhuwah para alumni, guru-guru, ibu bapa dan juga para pelajar.

Ucapan Pengetua Cemerlang

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kaum keluarga, para sahabat dan pengikut baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izin dan limpah rahmatNya jua Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra versi xenon ini telah dapat dibina dengan jayanya. Semoga dengan wujudnya laman web ini, besarlah harapan warga sekolah agar ianya akan dapat memberikan pengetahuan dan juga informasi terkini kepada sesiapa saja yang melayarinya nanti.

Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan teknologi maklumat kini semakin pesat seiring dengan peredaran masa. Sebagai contoh, dahulu surat dihantar melalui perkhidmatan pos yang menggunakan basikal, diikuti penggunaan motosikal, kemudian perkhidmatan telegram yang jelas menunjukkan perubahan ini bertujuan bagi memendekkan masa surat itu sampai kepada penerimanya. Tetapi kini surat ataupun segala macam dokumen boleh dihantar dengan kadar yang amat pantas dengan menggunakan aplikasi e-mail.

Penggunaan teknologi internet bukan sahaja terhad kepada penyebaran maklumat dengan pantas bahkan pelbagai aplikasi lain boleh dilaksanakan antaranya aplikasi panggilan video, aplikasi GPS dan banyak lagi. Maka dengan itu, kita tidak mahu generasi kini ketinggalan dengan arus ledakan teknologi maklumat ini. Murid-murid haruslah didedahkan dengan perkembangan ini sejak di bangku sekolah lagi supaya mereka mendapat manfaat daripada penggunaan internet. Pembinaan laman web sekolah merupakan satu inisiatif penting dalam mencapai tujuan ini selain ia juga memberikan pelbagai manfaat bukan sahaja kepada murid-murid bahkan kepada semua warga sekolah, ibu bapa, bekas-bekas pelajar dan penduduk sekitar dalam merapatkan hubungan dan perkongsian maklumat.

Akhir sekali, saya selaku pengetua sekolah ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada warga sekolah dan juga sesiapa saja yang memberikan bantuan dan nasihat dalam mewujudkan Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra ini dengan jayanya. Sekian dan Wassalam.

PN. SOLLEHA BT HASHIM

PENGETUA SMKDKP

Ucapan Penolong Kanan Akademik

Posted by SMKDKP on , under | comments (1)





Salam satu Malaysia, salam perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan web master sekolah kerana berjaya membangunkan laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana yang telah pun berusia 52 tahun.

Sesungguhnya pasukan web master telah menunjukkan usaha yang komited dan mendapat kerjasama yang mantap daripada guru-guru bagi membangunkan media yang amat interaktif dan terkini ini. Teknologi sering berubah seiring dengan peredaran masa yang tidak henti-henti, maka kita tidak mahu diri kita dan generasi yang diasuh di sekolah kita ini ketinggalan dalam arus perubahan teknologi yang semakin canggih.

Hari ini laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra telah pun memulakan penyebaran maklumat dari sekolah ke seluruh dunia. Disini segala apa informasi dan kegiatan sekolah boleh diakses bila-bila masa dan dimana sahaja. Dengan adanya laman web ini menjadikan satu alternatif baru kepada guru-guru bagi menyampaikan maklumat dan mesej kepada umum. Semoga kita semua dapat memanfaatkan aplikasi internet ini. Tahniah sekali lagi.



Tn. HJ MOHD SHAFIE BIN MOHD ARIFFA

PENOLONG KANAN AKADEMIK SMKDKP

Ucapan Penolong Kanan HEM

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





Sekolah ini telah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang 52 tahun sejak tahun 1957, namun di bawah kebijaksanaan kepimpimpinan dan jalinan kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, ibu bapa dan murid-murid maka generasi hari ini dapat menikmati hasilnya.

Usaha pihak sekolah dan PIBG untuk mewujudkan laman web sekolah merupakan satu lagi inisiatif baru dalam kegigihannya menjana pendidikan generasi kini sejajar dengan peredaran masa. Ini secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid dan memantapkan lagi sistem pentadbiran sekolah disamping mempercepatkan sebaran maklumat. Segala hasil ini adalah nikmat daripada usaha gigih warga sekolah serta kerjasama ibubapa dan orang ramai yang telah memberikan sokongan padu terhadap kemajuan dan kecemerlangan sekolah ini.

Syabas saya ucapkan. Abad ke-21 memperlihatkan ledakan teknologi canggih sehingga mewujudkan saingan sengit dalam pelbagai bidang, pengkomputeran minda dan akademik hari ini adalah untuk membantu murid-murid kita agar berpeluang menikmati kemajuan pengetahuan maklumat untuk kebaikan di masa depan, disamping itu ianya juga bertujuan meningkatkan dan memanfaatkan penggunaan komputer dan internet oleh guru-guru.

Dengan adanya laman web ini, diharap ia mampu membantu kita membina generasi yang serba mahir. Manusia era kini telah mengaplikasikan penggunaan internet sebagai alat komunikasi penting bagi memendekkan jurang komunikasi di antara manusia, selain itu, ianya juga menempatkan kepelbagaian sumber ilmu yang mudah diperolehi tanpa mengira tempat dan masa. Jika murid-murid dapat memanfaatkan penggunaan komputer, saya percaya laman web sekolah ini akan menjadi satu petunjuk kepada murid-murid untuk menimba ilmu dalam konteks perkembangan pendidikan kini. Diharap dengan adanya laman wen ini, ianya juga dapat memudahkan interaksi di antara pihak sekolah dan ibu bapa demi menjalinkan kerjasama untuk kebaikan murid-murid.
Disini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pasukan web master kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam laman web sekolah ini. Dengan harapan laman web ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua dan digunakan dengan sebaik-baiknya . Saya yakin setiap usaha yang dicurahkanakan dapat memperlihatkan sekolah ini mampu mengorak langkah ke hadapan seiring dengan perkembangan semasa sejajar dengan aspirasi membentuk generasi baru yang serba mahir.



EN. SAPEI BIN HJ DAMIN

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMKDKP

Ucapan Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah kita membangunkan laman web Sekolah Menengah Dato’ Klana Putra ini. Kewujudan laman web ini merupakan satu lagi langkah pro aktif sekolah dalam usaha bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin penting dalam hampir segala urusan seharian masa kini.

Laman web ini bukan sahaja menyediakan ruang akses kepada maklumat-maklumat berhubung dengan sekolah tetapi ia juga diharap dapat menjadi saluran serta pencetus minda kepada penyampai dan penerima. Sebagai makluman, realisasi pengwujudan laman web ini adalah bertujuan untuk menjadi satu tempat membekalkan informasi yang relevan mengenai sekolah dan warganya kepada guru, murid, ibubapa, bekas-bekas pelajar serta penduduk sekitar bagi menghadapi cabaran persekitaran koerksional masa kini dan masa hadapan.

Dalam melaksanakan falsafah pendidikan kebangsaan dan sekolah maka warga sekolah haruslah mengorak langkah dalam melengkapkan diri dan informasi yang bersesuaian dalam melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai minda kelas pertama di masa akan datang seiring dengan anjakan paradigma globalisasi dunia masa kini. Oleh itu, dengan pendedahan informasi yang berterusan didalam laman web sekolah ini diharapkan kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan membentuk budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Saya yakin dengan wujudnya laman web sekolah kita ini, ianya dapat memberi manfaat dan memudahkan para pengguna melayarinya seterusnya memperolehi maklumat dan informasi terkini tentang sekolah yang amat dicintai ini.


EN. MOHD RADI BIN MOHD YUSOF

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM SMKDKP

Sejarah Penubuhan

Posted by SMKDKP on Saturday, May 22, 2010 , under | comments (0)





Mula beroperasi pada tahun 1957, seramai 28 pelajar pertama dengan 7 orang tenaga pengajar. Pengetua pertama yang meneraju sekolah beraliran Inggeris ini ialah En V. S Param.

Pada 1950, sebuah blok bangunan kayu yang mengandungi 3 bilik darjah telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk sekitar. Pada l959 kumpulan pelajar menduduki peperiksaan LCE. Pelajar yang lulus tingkatan 3 terpaksa berpindah ke Seremban melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4. Pada tahun 1962 telah memulakan kelas Tingkatan 4 dengan pelajar seramai 45 orang sebagai kumpulan pertama.

Pada tahun 1963 kumpulan pertama ini menduduki Senior Cambriage. Pada 1965 telah terbina 2 blok bangunan sekolah di atas tanah seluas kira-kira 15 hektar. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh YAM. Dato'Mohamad Kassim b Dato' Kika Haji Abd Rashid, Dato' Klana Putra Luak Sungai Ujung. Pada 1970, Sekolah mula berkembang dengan terbinanya 3 buah bilik makmal Sains am, 10 bilik darjah dan 1 bilik perpustakaan di Blok C, D dan E yang ada sekarang ini. Pada 1971, 4 unit kuarters guru telah dibina.

Lirik lagu sekolah telah ditulis oleh Tuan Hj Abdullah B Ludin, Pengetua sekolah ini (1983-1993) dan muziknya disusun oleh En Amiruddin B lsmail. Kemudian 1 lagi blok bangunan di blok E dibina secara gotong-royong mengandungi 4 bilik darjah. Kemudahan lain yang disediakan ialah 1 gelanggang serbaguna untuk permainan sepak takraw dan bola tampar yang terletak bersebelahan dengan padang permainan yang mempunyai 8 lorong larian sejauh 400 meter.

Pada tahun 1998, sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A dan telah diterajui oleh pengetuanya yang ke 10 iaitu Pn Hjh Rohanah Bt Mahmud. Syukur Alhamdulillah, sekali lagi pada Mei 2002, pihak sekolah mendapat peruntukan sebanyak 6.3 juta Ringgit Malaysia di bawah rancangan Malaysia ke 8.

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya telah meluluskan pembinaan 1 blok bangunan sekolah di blok yang mengandungi makmal biologi, kimia, Fizik, Kompleks KH, Bilik Mesyuarat, Bilik Musolla, Bilik Makmal Baharu, 1 bilik Seni Visual, Bilik Muzik, Bilik Operasi Peperiksaan,Setor Sukan, Bilik SPBT, 10 Bilik Darjah, bilik- bilik khas lain, 1 Dewan besar dan 1 Kantin.

Pada Tahun 2003, 2 bilik darjah di blok C telah diubahsuai menjadi bilik Operasi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) laitu satu subjek yang diperkenalkan untuk pelajar Tingkatan 4 mulai tahun 2004.

Mata pelajaran yang ditawarkan ialah rekaan dan jahitan pakaian. Pada Tahun 2004, makmal Komputer telah siap dibina yang pada mulanya patut dibina pada tahun 2001 dalam fasa 1 dan sebuah blok tandas murid yang baru juga siap dibina menggantikan tandas lama.

Pada 1 Julai 2004 bangunan baru bernilai RM 6.3 Juta telah diserahkan dengan rasmi kepada JPNS setelah hampir 2 tahun menunggu disempurnakan oleh pihak kontraktor. Antara lain kemudahan yang ada disekolah ini ialah 1 dewan besar sekolah, 2 buah wakaf diluar pagar sekolah untuk pelajar dan penjaga menunggu, 3 buah wakaf dalam kawasan sekolah yang kesemuanya belum diberi nama, 1 tempat meletak motosikal pelajar, l depoh sampah, pagar memisahkan kawasan sekolah dan rumah guru, dan padang permainan sekolah pula sudah semakin kecil kerana tidak dapat memuatkan lorong 400 meter lagi.

Dengan terbinanya 2 buah bangunan 4 tingkat yang tersergam megah di kawasan Lenggeng ini maka hampir sempurnalah prasarana Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Klana Putra, Lenggeng. Apa yang sangat diharapkan ialah semua warga sekolah akan berjanji berusaha menjaganya, sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas kemudahan yang telah disediakan.

Visi, Misi dan Moto Sekolah

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MOTO SEKOLAH

BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI