Latest News

Ucapan Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Monday, June 14, 2010 , Posted by SMKDKP at 1:26 AM



Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah kita membangunkan laman web Sekolah Menengah Dato’ Klana Putra ini. Kewujudan laman web ini merupakan satu lagi langkah pro aktif sekolah dalam usaha bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin penting dalam hampir segala urusan seharian masa kini.

Laman web ini bukan sahaja menyediakan ruang akses kepada maklumat-maklumat berhubung dengan sekolah tetapi ia juga diharap dapat menjadi saluran serta pencetus minda kepada penyampai dan penerima. Sebagai makluman, realisasi pengwujudan laman web ini adalah bertujuan untuk menjadi satu tempat membekalkan informasi yang relevan mengenai sekolah dan warganya kepada guru, murid, ibubapa, bekas-bekas pelajar serta penduduk sekitar bagi menghadapi cabaran persekitaran koerksional masa kini dan masa hadapan.

Dalam melaksanakan falsafah pendidikan kebangsaan dan sekolah maka warga sekolah haruslah mengorak langkah dalam melengkapkan diri dan informasi yang bersesuaian dalam melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai minda kelas pertama di masa akan datang seiring dengan anjakan paradigma globalisasi dunia masa kini. Oleh itu, dengan pendedahan informasi yang berterusan didalam laman web sekolah ini diharapkan kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan membentuk budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Saya yakin dengan wujudnya laman web sekolah kita ini, ianya dapat memberi manfaat dan memudahkan para pengguna melayarinya seterusnya memperolehi maklumat dan informasi terkini tentang sekolah yang amat dicintai ini.


EN. MOHD RADI BIN MOHD YUSOF

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM SMKDKP

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment