Latest News

Sejarah Penubuhan

Saturday, May 22, 2010 , Posted by SMKDKP at 7:29 PM



Mula beroperasi pada tahun 1957, seramai 28 pelajar pertama dengan 7 orang tenaga pengajar. Pengetua pertama yang meneraju sekolah beraliran Inggeris ini ialah En V. S Param.

Pada 1950, sebuah blok bangunan kayu yang mengandungi 3 bilik darjah telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk sekitar. Pada l959 kumpulan pelajar menduduki peperiksaan LCE. Pelajar yang lulus tingkatan 3 terpaksa berpindah ke Seremban melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4. Pada tahun 1962 telah memulakan kelas Tingkatan 4 dengan pelajar seramai 45 orang sebagai kumpulan pertama.

Pada tahun 1963 kumpulan pertama ini menduduki Senior Cambriage. Pada 1965 telah terbina 2 blok bangunan sekolah di atas tanah seluas kira-kira 15 hektar. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh YAM. Dato'Mohamad Kassim b Dato' Kika Haji Abd Rashid, Dato' Klana Putra Luak Sungai Ujung. Pada 1970, Sekolah mula berkembang dengan terbinanya 3 buah bilik makmal Sains am, 10 bilik darjah dan 1 bilik perpustakaan di Blok C, D dan E yang ada sekarang ini. Pada 1971, 4 unit kuarters guru telah dibina.

Lirik lagu sekolah telah ditulis oleh Tuan Hj Abdullah B Ludin, Pengetua sekolah ini (1983-1993) dan muziknya disusun oleh En Amiruddin B lsmail. Kemudian 1 lagi blok bangunan di blok E dibina secara gotong-royong mengandungi 4 bilik darjah. Kemudahan lain yang disediakan ialah 1 gelanggang serbaguna untuk permainan sepak takraw dan bola tampar yang terletak bersebelahan dengan padang permainan yang mempunyai 8 lorong larian sejauh 400 meter.

Pada tahun 1998, sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A dan telah diterajui oleh pengetuanya yang ke 10 iaitu Pn Hjh Rohanah Bt Mahmud. Syukur Alhamdulillah, sekali lagi pada Mei 2002, pihak sekolah mendapat peruntukan sebanyak 6.3 juta Ringgit Malaysia di bawah rancangan Malaysia ke 8.

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya telah meluluskan pembinaan 1 blok bangunan sekolah di blok yang mengandungi makmal biologi, kimia, Fizik, Kompleks KH, Bilik Mesyuarat, Bilik Musolla, Bilik Makmal Baharu, 1 bilik Seni Visual, Bilik Muzik, Bilik Operasi Peperiksaan,Setor Sukan, Bilik SPBT, 10 Bilik Darjah, bilik- bilik khas lain, 1 Dewan besar dan 1 Kantin.

Pada Tahun 2003, 2 bilik darjah di blok C telah diubahsuai menjadi bilik Operasi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) laitu satu subjek yang diperkenalkan untuk pelajar Tingkatan 4 mulai tahun 2004.

Mata pelajaran yang ditawarkan ialah rekaan dan jahitan pakaian. Pada Tahun 2004, makmal Komputer telah siap dibina yang pada mulanya patut dibina pada tahun 2001 dalam fasa 1 dan sebuah blok tandas murid yang baru juga siap dibina menggantikan tandas lama.

Pada 1 Julai 2004 bangunan baru bernilai RM 6.3 Juta telah diserahkan dengan rasmi kepada JPNS setelah hampir 2 tahun menunggu disempurnakan oleh pihak kontraktor. Antara lain kemudahan yang ada disekolah ini ialah 1 dewan besar sekolah, 2 buah wakaf diluar pagar sekolah untuk pelajar dan penjaga menunggu, 3 buah wakaf dalam kawasan sekolah yang kesemuanya belum diberi nama, 1 tempat meletak motosikal pelajar, l depoh sampah, pagar memisahkan kawasan sekolah dan rumah guru, dan padang permainan sekolah pula sudah semakin kecil kerana tidak dapat memuatkan lorong 400 meter lagi.

Dengan terbinanya 2 buah bangunan 4 tingkat yang tersergam megah di kawasan Lenggeng ini maka hampir sempurnalah prasarana Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Klana Putra, Lenggeng. Apa yang sangat diharapkan ialah semua warga sekolah akan berjanji berusaha menjaganya, sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas kemudahan yang telah disediakan.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment