Latest News

Ucapan Penolong Kanan HEM

Monday, June 14, 2010 , Posted by SMKDKP at 1:42 AM



Sekolah ini telah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang 52 tahun sejak tahun 1957, namun di bawah kebijaksanaan kepimpimpinan dan jalinan kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, ibu bapa dan murid-murid maka generasi hari ini dapat menikmati hasilnya.

Usaha pihak sekolah dan PIBG untuk mewujudkan laman web sekolah merupakan satu lagi inisiatif baru dalam kegigihannya menjana pendidikan generasi kini sejajar dengan peredaran masa. Ini secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid dan memantapkan lagi sistem pentadbiran sekolah disamping mempercepatkan sebaran maklumat. Segala hasil ini adalah nikmat daripada usaha gigih warga sekolah serta kerjasama ibubapa dan orang ramai yang telah memberikan sokongan padu terhadap kemajuan dan kecemerlangan sekolah ini.

Syabas saya ucapkan. Abad ke-21 memperlihatkan ledakan teknologi canggih sehingga mewujudkan saingan sengit dalam pelbagai bidang, pengkomputeran minda dan akademik hari ini adalah untuk membantu murid-murid kita agar berpeluang menikmati kemajuan pengetahuan maklumat untuk kebaikan di masa depan, disamping itu ianya juga bertujuan meningkatkan dan memanfaatkan penggunaan komputer dan internet oleh guru-guru.

Dengan adanya laman web ini, diharap ia mampu membantu kita membina generasi yang serba mahir. Manusia era kini telah mengaplikasikan penggunaan internet sebagai alat komunikasi penting bagi memendekkan jurang komunikasi di antara manusia, selain itu, ianya juga menempatkan kepelbagaian sumber ilmu yang mudah diperolehi tanpa mengira tempat dan masa. Jika murid-murid dapat memanfaatkan penggunaan komputer, saya percaya laman web sekolah ini akan menjadi satu petunjuk kepada murid-murid untuk menimba ilmu dalam konteks perkembangan pendidikan kini. Diharap dengan adanya laman wen ini, ianya juga dapat memudahkan interaksi di antara pihak sekolah dan ibu bapa demi menjalinkan kerjasama untuk kebaikan murid-murid.
Disini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pasukan web master kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam laman web sekolah ini. Dengan harapan laman web ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua dan digunakan dengan sebaik-baiknya . Saya yakin setiap usaha yang dicurahkanakan dapat memperlihatkan sekolah ini mampu mengorak langkah ke hadapan seiring dengan perkembangan semasa sejajar dengan aspirasi membentuk generasi baru yang serba mahir.



EN. SAPEI BIN HJ DAMIN

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMKDKP

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment