Latest News

Piagam Pelanggan

Saturday, May 22, 2010 , Posted by SMKDKP at 7:21 PM



Kami warga SMKDKP dengan penuh nekad dan iltizam akan menumpukan

tenaga dan usaha kami untuk:

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berinovatif dan berwawasan.
  • Memastikan penempatan murid di dalam kelas dilakukan secara adil bagi mewujudkan perpaduan dan perkongsian kebolehan.
  • Menentukan semua pelajar berdisiplin, bertanggungjawab serta menghormati ibu bapa, guru, masyarakat dan negara.
  • Menyediakan sekolah yang selamat , bersih, harmoni dan ceria ke arah pencapaian matlamat sekolah penyayang.
  • Menanamkan perasaan muhibah dan saling bekerjasama dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa, guru, masyarakat dan negara.
  • Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, adil, cekap dan cepat kepada setiap pelajar, ibu bapa dan masyarakat tanpa mengira latar belakang sosio ekonomi, agama dan keturunan.
  • Sedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan atau teguran secara positif dari semua pihak demi mempertingkatkan keberkesanan dan kecemerlangan perkhidmatan sekolah dan akademik para pelajar.
  • Memberi kerjasama dan sokongan padu kepada pejabat pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian pelajaran Malaysia

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment