Latest News

Biografi Pengetua

Saturday, May 22, 2010 , Posted by SMKDKP at 7:21 PM



Nama diberi Solleha Bt Hashim yang lahir pada tanggal 11 Febuari 1953 dibumi bertuah Megat Dewa, Kedah. Merupakan anak kedua dalam keluarga 7 beradik dimana bapanya bekerja sebagai pesawah dan tukang rumah.

Berasal daripada Kampung Belakang Pekan Semeling, Bedong Kedah. Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Semeling dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Merbak dan Sekolah Menengah Sulan Abdul Halim di Jitra Kedah.

Selepas tamat Tingkatan 6 beliau menyambungkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1974 dalam bidang Sejarah. Selepas mendapat ijazah, beliau membuat pengajian Diploma Pendidikan pada 1977 untuk meniadi seorang guru. Beliau telah ditempatkan sebagai guru di Sekolah Menengah Padang Serai Kedah pada awal tahun 1978 sehingga 1979.

Apabila berumah tangga beliau telah dipindahkan ke Kelantan iaitu di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan Sekolah Menengah Kubang Krian sehingga 1980. Pada tahun 1981 beliau mengikut suami melanjutkan pelajaran ke Universiti Of Florida, USA sehingga 1983. Sekembalinya ke tanah air, beliau ditempatkan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, Shah AIam sehingga tahun 1995.

Pada tahun 1996 beliau berpindah ke Negeri Sembilan mengikut suami bertugas di sini. Beberapa sekolah telah menerima khidmat beliau antaranya S.M.K Datuk Abdullah, Astana Raja (1996-2OO4), S.M.K Jelai Kuala Pilah (2OO4-2OO5) dan kini berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Dato' Klana Putra, Lenggeng ( 2005-Kini). Beliau amat meminati bidang pendidikan. Permulaannya beliau bercita-cita menjadi Pegawai Daerah, tetapi apabila tamat pengaiian cita- cita ini berubah kepada menjadi seorang guru. Beliau suka membaca, melawat dan mencuba mencari pengalaman baru.

Semasa berkhidmat beliau menjadi seorang guru biasa mulai I978-1995. Pernah memegang jawatan, Setiausaha Sukan, Setiausaha PIBG, Ketua Panitia, Setiausaha Akademik, Pengerusi Kelab Guru, Setiausaha Program di sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan, Penolong Kanan Kokurikulum 2OO2-2O03, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2003, 1 Jun 2004-Pengetua di SMK Jelai Kuala Pilah.

Selain daripada tugas rasmi, Beliau juga seorang yang aktif dalam penglibatan dalam pelbagai aktiviti lain antaranya menjadi pemerika kertas Seiarah SPM, pemeriksa Sejarah STPM, Kakitangan Sumber Sejarah Negeri Selangor, Setiausaha PIBG SMK Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, Setiausaha PIBC SMK Datuk Abdullah Astana Raja, Pengerusi Biro Wanita Surau.

Pelbagai program kemasyarakatan diadakan di SMK Dato' Klana Putra bagi kawasan Lenggeng antaranya Sekolah Selamat, LPP Lenggeng, KEMAS, Perjumpaan Hari Raya, Hari JPJ bersama rakyat, Penyampaian bantuan oleh MB kepada DUN Lenggeng dan semua program PIBG SMK Dato' Klana Putra, Lenggeng. Semoga keperibadian, jasa dan kejayaan beliau ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah yang bertuah ini.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment