Latest News

Sejarah Penubuhan

Posted by SMKDKP on Saturday, May 22, 2010 , under | comments (0)





Mula beroperasi pada tahun 1957, seramai 28 pelajar pertama dengan 7 orang tenaga pengajar. Pengetua pertama yang meneraju sekolah beraliran Inggeris ini ialah En V. S Param.

Pada 1950, sebuah blok bangunan kayu yang mengandungi 3 bilik darjah telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk sekitar. Pada l959 kumpulan pelajar menduduki peperiksaan LCE. Pelajar yang lulus tingkatan 3 terpaksa berpindah ke Seremban melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4. Pada tahun 1962 telah memulakan kelas Tingkatan 4 dengan pelajar seramai 45 orang sebagai kumpulan pertama.

Pada tahun 1963 kumpulan pertama ini menduduki Senior Cambriage. Pada 1965 telah terbina 2 blok bangunan sekolah di atas tanah seluas kira-kira 15 hektar. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh YAM. Dato'Mohamad Kassim b Dato' Kika Haji Abd Rashid, Dato' Klana Putra Luak Sungai Ujung. Pada 1970, Sekolah mula berkembang dengan terbinanya 3 buah bilik makmal Sains am, 10 bilik darjah dan 1 bilik perpustakaan di Blok C, D dan E yang ada sekarang ini. Pada 1971, 4 unit kuarters guru telah dibina.

Lirik lagu sekolah telah ditulis oleh Tuan Hj Abdullah B Ludin, Pengetua sekolah ini (1983-1993) dan muziknya disusun oleh En Amiruddin B lsmail. Kemudian 1 lagi blok bangunan di blok E dibina secara gotong-royong mengandungi 4 bilik darjah. Kemudahan lain yang disediakan ialah 1 gelanggang serbaguna untuk permainan sepak takraw dan bola tampar yang terletak bersebelahan dengan padang permainan yang mempunyai 8 lorong larian sejauh 400 meter.

Pada tahun 1998, sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A dan telah diterajui oleh pengetuanya yang ke 10 iaitu Pn Hjh Rohanah Bt Mahmud. Syukur Alhamdulillah, sekali lagi pada Mei 2002, pihak sekolah mendapat peruntukan sebanyak 6.3 juta Ringgit Malaysia di bawah rancangan Malaysia ke 8.

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya telah meluluskan pembinaan 1 blok bangunan sekolah di blok yang mengandungi makmal biologi, kimia, Fizik, Kompleks KH, Bilik Mesyuarat, Bilik Musolla, Bilik Makmal Baharu, 1 bilik Seni Visual, Bilik Muzik, Bilik Operasi Peperiksaan,Setor Sukan, Bilik SPBT, 10 Bilik Darjah, bilik- bilik khas lain, 1 Dewan besar dan 1 Kantin.

Pada Tahun 2003, 2 bilik darjah di blok C telah diubahsuai menjadi bilik Operasi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) laitu satu subjek yang diperkenalkan untuk pelajar Tingkatan 4 mulai tahun 2004.

Mata pelajaran yang ditawarkan ialah rekaan dan jahitan pakaian. Pada Tahun 2004, makmal Komputer telah siap dibina yang pada mulanya patut dibina pada tahun 2001 dalam fasa 1 dan sebuah blok tandas murid yang baru juga siap dibina menggantikan tandas lama.

Pada 1 Julai 2004 bangunan baru bernilai RM 6.3 Juta telah diserahkan dengan rasmi kepada JPNS setelah hampir 2 tahun menunggu disempurnakan oleh pihak kontraktor. Antara lain kemudahan yang ada disekolah ini ialah 1 dewan besar sekolah, 2 buah wakaf diluar pagar sekolah untuk pelajar dan penjaga menunggu, 3 buah wakaf dalam kawasan sekolah yang kesemuanya belum diberi nama, 1 tempat meletak motosikal pelajar, l depoh sampah, pagar memisahkan kawasan sekolah dan rumah guru, dan padang permainan sekolah pula sudah semakin kecil kerana tidak dapat memuatkan lorong 400 meter lagi.

Dengan terbinanya 2 buah bangunan 4 tingkat yang tersergam megah di kawasan Lenggeng ini maka hampir sempurnalah prasarana Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Klana Putra, Lenggeng. Apa yang sangat diharapkan ialah semua warga sekolah akan berjanji berusaha menjaganya, sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas kemudahan yang telah disediakan.

Visi, Misi dan Moto Sekolah

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MOTO SEKOLAH

BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI


Matlamat

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





Matlamat Sekolah ialah untuk;

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu.
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Falsafah Pendidikan

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehormonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

SMK Dato' Klana Putra akan sentiasa berusaha untuk mendidik serta menyumbangkan pontensi pelaiar (imei) secara paling optimun melalui pengembelengan tenaga guru secara sepadu.

Usaha ini bertujuan mewujudkan kumpulan pelajar berdaya maju, dinamik dan berketerampilan bagi memenuhi kehendak falsafah negara.

Legasi Pengetua

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





SEJARAH PENJAWAT PENGETUA


TAHUN

PENJAWAT


2005

PN. SOLLEHA BT HASHIM (B.A.HON) DIP. PEND. UM


1998

PN. ROHANAH BT. MAHMUD (B.A.HON) DIP. PEND. UM


1996

EN. DERANI B. SHAFIE (B.A.HON)


1993

TN. HJ. HASMY B. MOHD YUNUS (B.A.HON) RTC


1983

TN. HJ. ABDULLAH B. HJ. LUDIN (B.A.HON) SITC, LI


1981

EN. AHMAD B. JANOR (B.A.HON) LATIHAN MAKTAB


1980

EN. MAZLAN B. ABDULLAH (B.A.HON) LATIHAN MAKTAB


1973

EN. HASHIM B. THANI (B.A) LATIHAN MAKTAB


1971

EN. HAMZAH B. RASHID (B.A.HON) DIP. PEND.


1969

EN. S. NADARAJAN (B.A) MADRAS


1968

EN. GM. THOMAS DIP. KOLEJ RAFFLES SINGAPURA

Biografi Pengetua

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





Nama diberi Solleha Bt Hashim yang lahir pada tanggal 11 Febuari 1953 dibumi bertuah Megat Dewa, Kedah. Merupakan anak kedua dalam keluarga 7 beradik dimana bapanya bekerja sebagai pesawah dan tukang rumah.

Berasal daripada Kampung Belakang Pekan Semeling, Bedong Kedah. Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Semeling dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Merbak dan Sekolah Menengah Sulan Abdul Halim di Jitra Kedah.

Selepas tamat Tingkatan 6 beliau menyambungkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1974 dalam bidang Sejarah. Selepas mendapat ijazah, beliau membuat pengajian Diploma Pendidikan pada 1977 untuk meniadi seorang guru. Beliau telah ditempatkan sebagai guru di Sekolah Menengah Padang Serai Kedah pada awal tahun 1978 sehingga 1979.

Apabila berumah tangga beliau telah dipindahkan ke Kelantan iaitu di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan Sekolah Menengah Kubang Krian sehingga 1980. Pada tahun 1981 beliau mengikut suami melanjutkan pelajaran ke Universiti Of Florida, USA sehingga 1983. Sekembalinya ke tanah air, beliau ditempatkan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, Shah AIam sehingga tahun 1995.

Pada tahun 1996 beliau berpindah ke Negeri Sembilan mengikut suami bertugas di sini. Beberapa sekolah telah menerima khidmat beliau antaranya S.M.K Datuk Abdullah, Astana Raja (1996-2OO4), S.M.K Jelai Kuala Pilah (2OO4-2OO5) dan kini berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Dato' Klana Putra, Lenggeng ( 2005-Kini). Beliau amat meminati bidang pendidikan. Permulaannya beliau bercita-cita menjadi Pegawai Daerah, tetapi apabila tamat pengaiian cita- cita ini berubah kepada menjadi seorang guru. Beliau suka membaca, melawat dan mencuba mencari pengalaman baru.

Semasa berkhidmat beliau menjadi seorang guru biasa mulai I978-1995. Pernah memegang jawatan, Setiausaha Sukan, Setiausaha PIBG, Ketua Panitia, Setiausaha Akademik, Pengerusi Kelab Guru, Setiausaha Program di sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan, Penolong Kanan Kokurikulum 2OO2-2O03, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2003, 1 Jun 2004-Pengetua di SMK Jelai Kuala Pilah.

Selain daripada tugas rasmi, Beliau juga seorang yang aktif dalam penglibatan dalam pelbagai aktiviti lain antaranya menjadi pemerika kertas Seiarah SPM, pemeriksa Sejarah STPM, Kakitangan Sumber Sejarah Negeri Selangor, Setiausaha PIBG SMK Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, Setiausaha PIBC SMK Datuk Abdullah Astana Raja, Pengerusi Biro Wanita Surau.

Pelbagai program kemasyarakatan diadakan di SMK Dato' Klana Putra bagi kawasan Lenggeng antaranya Sekolah Selamat, LPP Lenggeng, KEMAS, Perjumpaan Hari Raya, Hari JPJ bersama rakyat, Penyampaian bantuan oleh MB kepada DUN Lenggeng dan semua program PIBG SMK Dato' Klana Putra, Lenggeng. Semoga keperibadian, jasa dan kejayaan beliau ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah yang bertuah ini.

Piagam Pelanggan

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





Kami warga SMKDKP dengan penuh nekad dan iltizam akan menumpukan

tenaga dan usaha kami untuk:

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berinovatif dan berwawasan.
  • Memastikan penempatan murid di dalam kelas dilakukan secara adil bagi mewujudkan perpaduan dan perkongsian kebolehan.
  • Menentukan semua pelajar berdisiplin, bertanggungjawab serta menghormati ibu bapa, guru, masyarakat dan negara.
  • Menyediakan sekolah yang selamat , bersih, harmoni dan ceria ke arah pencapaian matlamat sekolah penyayang.
  • Menanamkan perasaan muhibah dan saling bekerjasama dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa, guru, masyarakat dan negara.
  • Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, adil, cekap dan cepat kepada setiap pelajar, ibu bapa dan masyarakat tanpa mengira latar belakang sosio ekonomi, agama dan keturunan.
  • Sedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan atau teguran secara positif dari semua pihak demi mempertingkatkan keberkesanan dan kecemerlangan perkhidmatan sekolah dan akademik para pelajar.
  • Memberi kerjasama dan sokongan padu kepada pejabat pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian pelajaran Malaysia

Lirik Lagu Sekolah

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





Lirik lagu sekolah ini telah ditulis oleh Tuan Hj Abdullah B Ludin, Pengetua sekolah ini (1983-1993) dan muziknya disusun oleh En Amiruddin B lsmail.

Dato’ Klana Putra

Sekolah kita Klana Putra

Dato’ Klana Putra

Tempat kita main dan belajar

Dedikasi Putra

Yang berhemah tinggi puterinya

Bekalan untuk negaraku

Yang amat tercinta

Guru murid ibu bapa bekerjasama

Bergandingan bahu seiring

Sepanjang masa

Haluan menuju cita-cita

Berjaya mulia

Kejayaan kami keagungan

sekolah kita

Jawatankuasa PIBG 2010

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





EX.OFFICIO

PN. SOLLEHA BT. HASHIM

YANG DIPERTUA

EN. NORDIN B. MD. YASIN

NAIB YANG DIPERTUA

EN. SHAMSUL KAMAR B. IDRIS

SETIAUSAHA

EN. MOHAMED SUFFIAN B. AHMAD

BENDAHARI

PN. YUSLINA BT. MOHD. ALI

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA

EN. SULAIMAN B. SAHAB

EN. MOHD. NAZAR B. MOHD. NOR

EN. ABU BAKAR B. JAIS

PN. MARIANA BT. ABDUL SAMAD

PN. SITI SALWAH BT. SIRUN

PN. HJH. ZAITON BT. AHMAD

AHLI JAWATANKUASA GURU

EN. ADI SASZRIN B. SALLEH

EN. AKMAL HISHAM B. MOHD. YUSOF

PN. NORSUZANA BT. LATIF

PN. HASLINDA BT. ABU HASAN

PN. RAZLINDAWATI BT. ABDUL RAZAK

PN. THAM PEI LEI

PEMERIKSA KIRA-KIRA

PN. ZAINAH BT.TAHIR (IBUBAPA)

PN. LOW NYET LIEN(GURU)

Web Master

Posted by SMKDKP on , under | comments (0)





Terdiri daripada guru-guru komputer dan dibantu oleh beberapa orang pelajar yang diberi latihan khusus dalam menguruskan laman sesawang SMK Dato' Klana Putra. Kumpulan pertama murid yang diberi latihan khas ini terdiri daripada tiga orang murid daripada tingkatan satu pada tahun 2010.

Posted by SMKDKP on Thursday, May 20, 2010 , under | comments (0)




Posted by SMKDKP on , under | comments (0)